Sunday, December 6, 2009

Petua2 untuk Pemuda

Demam Selsema
Petua Orang Tua-tua
Rebus biji jintan hitam dan sedut wapnya serta makan serbuk jintan yang telah dicampurkan dengan madu.
Petui Orang Muda-mudi
Tumbuk lada hitam hingga lumat kemudian sedut debunya, gerenti korang akan berusaha untuk tidak lagi kena demam selsema.

Demam Panas
Petua Orang Tua-tua
Ambil daun betik muda, tebu hitam dan sedikit garam. Tumbuk hingga lumat, campur sedikit air dan tapis. Minumlah airnya setiap pagi.
Petui Orang Muda-mudi
Masuk hutan dan carilah mana-mana air terjun lalu berendam sehingga menggigil kesejukan. Pasti anda tak berasa panas lagi.

Demam Malaria
Petua Orang Tua-tua
Ambil getah pokok kuini dan kapur barus lalu rebus lalu minum airnya seperti meminum teh.
Petui Orang Muda-mudi
Pergi ke rumah rakan anda yang melanggan Astro Ria dan tontonlah channel Astro Ria, pasti demam malaria akan bertukar menjadi demam Astro Ria pulak.

Demam Biasa
Petua Orang Tua-tua
Makanlah isi labu air bersama dengan cuka pada malam hari sebelum tidur.
Petui Orang Muda-mudi
Makan, minum dan apa saja kegiatan seperti biasa kerana cuma demam biasa je, buat apa nak risau sangat.

Demam Kepialu
Petua Orang Tua-tua
Ambil daun pegaga dan tumbuk lumat, kemudian ambil airnya lalu disapu pada dahi.
Petui Orang Muda-mudi
Cari album penyanyi Khai dan dengar lagu 'Dambaan Pilu', tanpa sedar korang akan lupa pada demam kepialu dan bertukar menjadi demam 'Dambaan Pilu'.


Pilih la sama ada nak ikut petua atau pemuda mengikut citarasa masing-masing...

No comments:

Post a Comment